Sunday, November 23, 2008

Kehilangan insan yang kita sayangi

Beberapa hari yang lalu, saya menonton sebuah cerita tetapi hanya dari setengah hingga tamat cerita saja. Tajuknya saya tidak pasti tetapi ianya adalah kisah benar dan cerita ini berlaku di Afrika. Kisah seorang wanita yang membawa keluarganya ke Afrika untuk menyelamatkan haiwan2 di Afrika dari mengalami kepupusan akibat diburu.Malang sekali pengorbanan wanita ini akhirnya mengorbankan suami dan anaknya. Saya tidak pasti apa yang terjadi kepada suami wanita ini tetapi anaknya Emmanuel, meninggal akibat dipatuk ular. Cerita ini memang cukup tragis. Semasa Kiki (nama wanita ni) hendak mengkebumikan anaknya, kata-kata pada anaknya buat saya terus menangis. Mengebumikan seorang suami adalah sangat sukar, tetapi mengebumikan seorang anak ibarat menghantar nyawa kita bersamanya.


Terus ingatan saya kembali kepada kisah NURIN JAZLIN JAZIMIN. Membayangkan Nurin yang mengerekot di dalam sebuah beg tidak bernyawa, saya tidak dapat bayangkan kepedihan hati ibunya.Hari ini, Sharlinie masih lagi hilang entah kemana sedangkan pembunuh Nurin masih bebas mencari mangsa.Saya masih mengharap Sharlinie dan Asmawi masih boleh ditemui dalam keadaan selamat. Walau ramai yang sudah melupakan mereka. Saya masih terus mengingati dan mengharapkan NURIN ALERT akan menjadi satu kenyataan untuk menyelamatkan lebih ramai lagi kanak-kanak dari terus menjadi mangsa penculikan dan pembunuhan.