Sunday, December 9, 2007

Samun sini, samun sana

Semalam terbaca dalam paper tentang forum 'Kenapa kita semakin kejam' anjuran CONSERVE di UIA . Diberitahu bahawa Jazimin, ayah kepada Nurin dan keluarganya akan berada sama di sana. Memang ingat-ingat tu nak pergi nak 'participate in giving opinions'. Dah tanya hubby' dan dia pun dah bagi green light . Kalau dia nak ikut tu memanglah tak boleh sebab baby Daniel tak ada orang nak jaga. kalau nak di harapkan Yuni, maid kat rumah tu memanglah tak tenang dibuatnya. Fikir punya fikir, akhirnya tak jadi pergi sebab waktu malam sekarang ni bukanlah waktu yang selamat untuk berada di jalan. Bercakap pasal keselamatan di jalanraya ni, baik waktu siang mahu pun malam, macam- macam boleh jadi.

Teringat pulak kisah seorang kawan yang kena samun di siang hari sebulan yang lepas. Kisahnya bermula macam ni .Member ni tengah bawa kereta jam 11 pagi, on the way to school area Ampang. Tiba-tiba ada dua mat motor tunjuk-tunjuk kat belakang kereta, diaorang beritahu member ni ekzos kereta dia terbakar. Member pun panik, terus stop kat petrol station. Mat motor dua orang ni datang dekat dan cakap kata dia kena tukar minyak hitam. Yang seorang tu siap offer minyak hitam kat rumah kakak dia lagi, dia suruh member ni ikut. My friend ni pulak called her husband, lepas tu suruh mamat ni cakap dengan husband dia menggunakan telefon dia sementara dia pergi beli minyak hitam. Elok keluar aje dari kedai, tengok-tengok handphone dan mat motor dah lesap. My respond to her, " tak pelah cuma handphone je." Tak dapat di bayangkan apa akan berlaku kalau member ni ikut dua mamat ni ke rumah 'kakak' dia. Kalau nak di kata my friend ni bodoh pun tak boleh jugak sebab bila kita seorang yang jujur, kita selalu bayangkan orang lain juga sejujur kita , padahal manusia yang macam ni dah berlambak-lambak, cuma kita saja yang belum terserempak ( minta simpang malaikat 44).

Whatever it is.....sama-samalah kita beringat. Kalau setakat handphone dan harta benda yang lain, lepaskanlah saja. Tak berbaloi kalau kerana semua ni nyawa jadi mangsa. Yang tak boleh di elak hanyalah bilamana manusia seperti ini sememangnya dahagakan darah manusia lebih bertuhankan syaitan dari menjadi hamba Allah.

Semoga perjalanan kita berada di dalam peliharaan Yang Maha Esa. Amin.