My Life...A Story.

My Life...A Story.

Friday, 7 September 2012

MENANG KES TUNTUTAN HADHANAH (HAK JAGAAN ANAK)

Akhirnya pihak bekas suami saya bersedia menyerahkan hak jagaan anak sepenuhnya kepada saya. Alhamdulillah . Saya percaya sekiranya melalui proses perbicaraan sekali pun, hak jagaan anak tetap milik saya.Bezanya bekas suami saya akan menanggung malu yang besar bila semua keaibannya dibuka Allah di dalam mahkamah.Dia dan peguamnya bijak mengambil jalan paling selamat menutup semua keaibannya . Kuasa Allah tidak ada siapa yang dapat tandingi Dia yang tuntut anak2, dia juga yang menyerahkan sepenuhnya.

Saya minta supaya peguam saya percepatkan 'endorsement' sebelum cuti raya di mana saya benarkan anak2 untuk menyambut Hari Raya bersamanya. Saya bimbang sekiranya endorsement dilakukan selepas cuti raya, bekas suami saya akan tukar fikiran setelah mengetahui beberapa berita tentang saya. Kita tidak tahu sejauhmana hasad dan dengki manusia. Macam2 mereka boleh lakukan untuk menyusahkan kita .

Akhirnya jam 4.30 pagi,14 hb August 2012 saya bersahur sendirian di Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan bekal yang mak sediakan . Jam 6 pagi.....saya terbang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MAS, menaiki train ke KL sentral dan kemudian dengan teksi ke mahkamah . Selesai endorsement saya pulang dengan cara yang sama. Ini pengalaman pertama saya berbuka berpuluh ribu kaki dari bumi. Hanya rasa syukur saja yang dapat saya panjatkan ke hadrat Allah atas segala nikmat yang diberikanNYA.

No comments: